Wang Yi Bertemu Blinken

2024-02-17 14:40:19  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken sempena berlangsungnya Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-60 pada Jumaat.

Wang berkata usaha paling penting buat kedua-dua pihak adalah merealisasikan 'wawasan San Francisco' berdasarkan bimbingan strategik ketua negara dan mendorong perkembangan hubungan bilateral mengikut landasan yang sihat, stabil dan berterusan.

Kedua-dua pihak hendaklah berpegang pada prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama demi situasi menang-menang, dan aktif meneroka cara pergaulan yang tepat.

AS perlu memandang pembangunan China secara objektif dan rasional dan mengamalkan dasar yang positif dan pragmatik terhadap China.

Wang menggesa AS menunaikan janji tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', di samping menuntut negara itu membatalkan sekatan sepihak yang haram ke atas perusahaan dan individu China.

AS juga digesa menghentikan gangguan dan soal siasat yang tidak berasas terhadap warga China dan memperbanyakkan usaha yang bermanfaat bagi menggalakkan persefahaman sesama rakyat.