China Komited Jadi Penstabil Dunia

2024-02-18 16:24:15  CRI
Share with:

China, selaku kuasa besar yang bertanggungjawab, akan sentiasa mengekalkan kesinambungan dan kemantapan dasar-dasar utamanya serta komited menyumbang kepada kestabilan dunia, tak kira apa jua perubahan berlaku dalam landskap antarabangsa.

Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi ketika menyampaikan ucaptama pada sesi 'China in the World' yang berlangsung sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) di Jerman pada Sabtu.

Wang berkata China akan berperanan sebagai penstabil untuk menggalakkan kerjasama antara kuasa besar.

China akan bersama Amerika Syarikat (AS) melaksanakan konsensus dicapai pemimpin dua negara dan mendorong hubungan dua hala berkembang di landasan yang saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama demi situasi sama menang.

China juga akan mendorong perkembangan stabil hubungan dengan Rusia dan menggalakkan kestabilan strategik di rantau Asia Pasifik serta dunia, di samping berpegang pada orientasi perkongsian China-Kesatuan Eropah dan menyuntik tenaga positif bagi menangani situasi tidak menentu.

Wang berkata China akan berperanan sebagai penstabil dalam usaha mengendalikan isu-isu hangat.

China komited melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global dan berusaha meneroka pendekatan bercirikan China bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Wang berkata China akan berperanan sebagai penstabil untuk mengukuhkan tadbir urus global.

China menyokong kewibawaan dan kedudukan teras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta peranan utama Majlis Keselamatan dalam isu-isu melibatkan keamanan dan keselamatan.

Dalam pada itu, China terus memperkasa perpaduan dan kerjasama Selatan Global dan meningkatkan keberperwakilan dan hak bersuara negara-negara membangun dalam hal ehwal sejagat, selain menyediakan lebih banyak produk awam kepada dunia.

Wang berkata China akan berperanan sebagai penstabil kepada pertumbuhan global.

Beliau menyifatkan ekonomi China penuh dinamik dan berdaya tahan, dengan trend perkembangan kekal mapan dalam jangka panjang.

China memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan modenisasi dan bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menggerakkan globalisasi ke arah lebih inklusif dan untung bersama supaya lebih banyak negara dan rakyat beroleh manfaat.