TBC: Kutipan Tiket Filem Cipta Rekod Baharu

2024-02-18 14:23:05  CRI
Share with:

Kutipan tiket filem di seluruh negara sempena Tahun Baharu Cina (TBC) melepasi lapan bilion yuan (RM5.37 bilion), membaharui rekod pecah panggung untuk tempoh sama pada tahun-tahun sebelumnya.

Bermula 10 hingga 17 Februari, hasil kutipan turut mencipta rekod baharu dari segi jumlah tontonan dan tayangan. 

Empat filem tempatan mencatat kutipan tertinggi, antaranya filem YOLO menduduki tempat pertama di Tanah Besar dengan kutipan melepasi 2.7 bilion yuan (RM1.81 bilion).