Xi Ucap Tahniah Sidang Kemuncak AU ke-37

2024-02-18 13:57:46  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-37 pada Sabtu.

Xi menyatakan dunia berdepan perubahan yang tidak pernah dialami dalam seabad, sementara Selatan Global yang diwakili China dan Afrika berkembang pesat sehingga memberi impak mendalam kepada perkembangan sejarah dunia.

AU menyatupadukan negara-negara Afrika untuk maju bersama, di samping giat menggerakkan integrasi serta pembinaan zon perdagangan bebas.

Keanggotaan AU dalam Kumpulan 20 (G20) menyaksikan keberperwakilan dan hak bersuara Afrika dalam tadbir urus global terus dipertingkat, dan China mengucapkan tahniah dengan penuh tulus ikhlas.

Xi berkata hubungan China-Afrika terus diperkukuh dalam tempoh setahun lalu. Dialog Pemimpin China-Afrika berjaya diadakan, kedua-dua pihak memutuskan untuk saling menyokong dalam usaha meneroka jalan menuju modenisasi dan bersinergi menyediakan suasana kondusif ke arah merealisasikan wawasan pembangunan.

Sesi baharu Forum Kerjasama China-Afrika bakal diadakan pada tahun ini. 

Xi menyuarakan kesediaan bersama pemimpin negara Afrika untuk memfokuskan kesejahteraan rakyat, menggariskan cetak biru kerjasama China-Afrika dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada tahap tinggi.