Sukan Musim Sejuk Kebangsaan ke-14 Dirasmikan

2024-02-18 15:51:31  CRI
Share with:

Sukan Musim Sejuk Kebangsaan edisi ke-14 dirasmikan di bandar Hulun Buir, wilayah Mongolia Dalam pada Sabtu.

Ia merupakan temasya seumpama pertama yang diadakan selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan juga sukan komprehensif berskala besar yang diselenggarakan Mongolia Dalam buat julung kalinya.

Temasya itu disertai lebih 3,000 atlet dengan menawarkan lapan sukan membabitkan 176 acara untuk dipertandingkan.

Terletak di kawasan sempadan utara China, Hulun Buir kaya dengan sumber ais dan salji.