TBC: 13.517 Juta Perjalanan Masuk Keluar Sempadan

2024-02-18 14:40:12  CRI
Share with:

Cuti Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 menyaksikan sebanyak 13.517 juta perjalanan masuk keluar sempadan dilakukan membabitkan pengembara domestik dan asing. 

Jabatan Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) merekodkan angka itu meningkat 2.8 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, dan purata aliran pergerakan harian mencapai 1.69 juta.

Perkhidmatan pelepasan kastam di pelabuhan laut, darat dan udara seluruh negara beroperasi secara stabil dan teratur. 

Antaranya aliran pergerakan melalui pelabuhan darat di Guangdong, Hong Kong dan Makau menyumbang 73.1 peratus kepada keseluruhan negara.

Sementara itu, trafik penumpang udara di lapangan terbang bandar Shanghai, Guangzhou dan Beijing juga menyaksikan lonjakan mendadak.