Sokong Prinsip Satu China, Sokonglah Penyatuan Semula China

2024-02-19 13:42:04  CRI
Share with:

Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China. Taiwan tidak pernah menjadi satu negara dalam sejarah dan mustahil menjadi sebuah negara pada masa akan datang. Inilah hakikat dan konsensus antarabangsa. 

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China Wang Yi ketika berucap pada sesi Ruang China sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-60 pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, Taiwan ialah sebahagian daripada China sejak sekian lama. Menurut Deklarasi Kaherah yang dicapai China, Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada Disember 1943, Jepun mengembalikan Taiwan yang dirampasnya kepada China. 

Pada tahun 1945, fasal ke-8 dalam Pengumuman Potsdam pula menegaskan mustahaknya pelaksanaan Deklarasi Kaherah. Selain itu, dokumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengiktiraf Taiwan sebagai salah satu provinsi China. 

"Sebagai masalah peninggalan daripada perang saudara China, Taiwan pasti akan kembali ke pangkuan tanah air dan penyatuan semula pasti akan direalisasikan. Inilah aspirasi bersama 1.4 bilion rakyat China dan juga trend sejarah.

"Jika sokong prinsip satu China, sokonglah penyatuan China secara damai," ujar Wang yi.