PNA Bersedia Kontak dengan Hamas di Rusia

2024-02-19 14:52:51  CRI
Share with:

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh mengesahkan bahawa Rusia mengeluarkan jemputan kepada pelbagai pihak Palestin untuk bertemu di Moscow pada 26 bulan ini. 

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Keselamatan Munich (MSC) di Jerman pada Ahad.

Mohammad Shtayyeh menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) sudah bersiap sedia untuk mengadakan kontak dengan Hamas. 

Konflik antara Palestin dan Israel antara isu hangat MSC edisi ini. Peserta dari pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa menyeru untuk mencari penyelesaian politik bagi konflik tersebut. Mereka rata-rata menekankan bahawa hanya penyambungan semula "penyelesaian dua negara" dapat membawa keamanan berkekalan kepada rantau itu.