Rai Perayaan TBC, Rasai Dinamika Ekonomi

2024-02-19 13:51:49  CRI
Share with:

"Tahun Baharu Cina (TBC) merupakan perayaan paling penting di China. Aktiviti perbelanjaan semasa musim perayaan itu menjadi termometer bagi mengukur prestasi ekonomi," memetik ulasan akhbar El Mundo Sepanyol.

Menurut statistik, perjalanan domestik sempena TBC dicatat 474 juta dengan peningkatan sebanyak 34.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perbelanjaan pelancongan domestik pula berjumlah lebih 632.68 bilion yuan (RM424.79 bilion), naik 47.3 peratus.

Cuti TBC turut menyaksikan sebanyak 13.517 juta perjalanan masuk keluar sempadan dilakukan membabitkan pengembara domestik dan asing. Angka itu meningkat 2.8 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, dan purata aliran pergerakan harian mencapai 1.69 juta.

Kutipan tiket filem di seluruh negara melepasi lapan bilion yuan (RM5.37 bilion) dalam masa lapan hari, membaharui rekod pecah panggung untuk tempoh sama pada tahun-tahun sebelumnya.

Prestasi cemerlang itu satu permulaan yang baik bagi sektor ekonomi pada Tahun Naga.

Tahun 2024 ditetapkan sebagai Tahun Promosi Belanja dengan pelbagai siri aktiviti akan dianjurkan untuk merangsang pasaran pengguna domestik. 

Menerusi pelaksanaan dasar-dasar berkenaan, potensi perbelanjaan akan terus dicungkil dengan strukturnya semakin dinaik taraf.

Berkat inisiatif mempermudah aktiviti perdagangan serta pembangunan e-dagang rentas sempadan, berbagai-bagai hidangan lazat dari seluruh dunia disajikan atas meja rakyat China sempena perayaan TBC.

Ceri dari Chile antara buah-buahan import yang paling digemari pengguna China. Ikan salmon dari Norway dan udang dari Ecuador juga menawan hati pengguna negara Tembok Besar. 

Aktiviti perjalanan di dalam dan ke luar didapati semakin rancak, didorong oleh dasar bebas visa, kemudahan pelepasan kastam serta pemulihan laluan penerbangan. 

Ambil Singapura, Malaysia dan Thailand sebagai contoh. Tempahan tiket penerbangan ke Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok masing-masing menyaksikan lonjakan mendadak semasa TBC.