Pegawai Kanan Keselamatan Awam China, AS Bertemu di Vienna
Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong bertemu dengan Setiausaha Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (AS) Alejandro Mayorkas di Vienna pada Ahad.
Kedua-dua pihak berbincang mengenai pelaksanaan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara sempena pertemuan di San Francisco, kerjasama kedua-dua negara dalam antidadah dan penguatkuasaan undang-undang, serta isu-isu yang menjadi kebimbangan bersama.
Wang berkata pertemuan bersejarah antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Joe Biden di San Francisco membuka "Visi San Francisco" yang berorientasikan masa depan.
Beliau berharap kedua-dua pihak mengambil konsensus penting yang dicapai dalam pertemuan tersebut sebagai panduan, memegang prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai, dan kerjasama sama menang, menghormati kepentingan teras dan kebimbangan utama masing-masing, sementara menghapuskan halangan dalam kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan antidadah serta pertukaran budaya antara kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengekalkan dialog dan kerjasama dalam usaha antidadah dan penguatkuasaan undang-undang berdasarkan prinsip saling menghormati, mengawal perselisihan pendapat, dan kerjasama yang saling menguntungkan.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengambi berat kebimbangan masing-masing, menyelesaikan masalah dengan cara yang sesuai, agar menyumbang kepada perkembangan hubungan China-AS yang mantap.