Lebih 1,000 Tren Kargo Melalui Pintu Horgos

2024-02-19 13:40:49  CRI
Share with:

Sebuah tren kargo China-Eropah yang membawa barang-barang kegunaan seharian dan peralatan mekanik berjalan melalui pintu masuk Horgos, Xinjiang menuju ke Malaszewicze, Poland pada Ahad, menandakan jumlah tren kargo China-Eropah (Asia Tengah) yang melalui pintu masuk itu empat hari lebih awal merekodkan 1,000 berbanding tahun lepas.

Pada sepanjang tahun lepas, jumlah tren kargo China-Eropah yang melintasi pintu masuk Horgos mencatat 7,762 buah, meningkat 9.8 peratus.