Pengalaman China dalam Pembangunan Infrastruktur Boleh Ditimba: Presiden UNGA

2024-02-19 15:10:00  CRI
Share with:

Pengalaman China dalam pembangunan infrastruktur boleh dikongsikan kepada negara membangun dan Selatan Global, kata Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, Dennis Francis. 

Beliau memandang pencapaian China dalam pembinaan infrastruktur melibatkan jalan, lebuh raya, kereta api berkelajuan tinggi (HSR) serta sistem bekalan air sebagai asas penting bagi memacu pembangunan.

"Adalah diketahui umum bahawa kemudahan infrastruktur meneroka ruang pembangunan baharu yang dapat mengintegrasikan rakyat dengan sistem berkenaan.

"Membuka jalan menuju kawasan terpencil bermakna komuniti tempatan mendapat akses kepada dunia luar dan membawa mereka lebih mendekati pasaran, sekali gus mendatangkan pelbagai jenis peluang serta kemudahan buat rakyat," kata Francis dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Menurut beliau, China telah mencapai hasil cemerlang dalam pembinaan prasarana maju dan mewujudkan sistem rangkaian infrastruktur yang kuat. Ia turut memacu dan memperkukuh proses pembangunan mampan.