Pembangunan Desa Bertunjangkan Industri Cendawan di Henan

2024-02-19 10:07:40  CRI
Share with:

Industri cendawan yang bermodelkan “syarikat + pangkalan + pekebun” berkembang maju di kampung Zhuzhai pekan Wenquan di bandar Ruzhou provinsi Henan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sebanyak 1,600 lebih rumah hijau untuk tanaman cendawan di kampung tersebut, boleh menjana pendapatan lebih RMB70 juta (RM45.7 juta) setiap tahun.