TBC: Sektor Pelancongan China Makin Rancak

2024-02-19 12:45:28  CRI
Share with:

Sektor pelancongan di China dilihat semakin rancak sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Angka Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT) merekodkan bilangan perjalanan dan perbelanjaan pelancongan semasa TBC masing-masing mencapai paras tertinggi.

Menurut statistik, perjalanan domestik dicatat 474 juta dengan peningkatan sebanyak 34.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi tempoh berkenaan, perbelanjaan pelancongan domestik berjumlah lebih 632.68 bilion yuan (RM424.79 bilion), naik 47.3 peratus.

Cuti TBC turut menyaksikan kira-kira 6.83 juta perjalanan di dalam dan ke luar dilakukan, antaranya perjalanan ke luar dicatat 3.6 juta.