Empat Maut Kes Tembakan di Minnesota AS

2024-02-19 14:03:58  CRI
Share with:

Menurut laporan Associated Press (AP), kes tembakan berlaku di Burnsville, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) pada hari Ahad waktu tempatan, mengorbankan dua anggota polis dan seorang anggota bomba. Penyerang juga terbunuh dalam kes itu.

Walau bagaimanapun polis tempatan masih belum mendedahkan punca kematian penyerang terbabit.