Bimbang akan “Sama Kalah” ? Dengarlah Anjuran China

2024-02-20 15:14:28  CRI
Share with:

Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-60 menutup tirainya pada Ahad waktu tempatan Jerman. Persidangan kali ini diselubungi rasa risau dan gelisah tatkala krisis Ukraine berterusan dan konflik Palestin-Israel memburuk.

Menghadapi situasi global yang kacau-bilau pada beberapa tahun ini, China mengemukakan siri inisiatif dan anjuran berdasarkan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa. Oleh yang demikian, sesi "China dalam dunia" tak hairan menjadi fokus MSC untuk beberapa tahun ini. 

Dalam ucaptama pada MSC kali ini, China mengeluarkan isyarat jelas kepada dunia, yakni China bersedia menjadi tenaga penstabil bagi mendorong kerjasama kuasa besar, menghadapi isu hangat, meningkatkan tadbir urus global, serta memacu pertumbuhan sejagat.

“Tenaga penstabil” menjadi kata kunci dan memberikan keyakinan kepada dunia dari segi keselamatan dan pembangunan. Ia juga menyediakan pengalaman kepada dunia Barat untuk mengatasi kebimbangan "sama kalah (lose-lose dynamics)". 

Masyarakat antarabangsa menyaksikan kebimbangan Barat terhadap masa depan pembangunan ekonomi dunia dalam MSC kali ini. Tindakan dan pilihan apa akan menjadi yang betul? Menentang “cantas hubungan” telah menjadi konsensus antarabangsa. 

Ekonomi China menempuh pelbagai cabaran dan menyaksikan pertumbuhan pada kadar 5.2 peratus pada 2023, menyumbang satu pertiga pertumbuhan global. Badan-badan berwibawa di dunia masing-masing menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China pada 2024 sejak mutakhir ini. 

Menurut laporan, jumlah pelaburan langsung dari Jerman ke China mencatat EUR11.9 bilion pada 2023, dan membaharui rekod. Jumlah pelaburan Jerman terhadap China menduduki 10.3 peratus dalam jumlah pelaburan negara itu ke luar negara. 

Menurut kalangan industri dan perniagaan sejagat, modenisasi ala China bakal membawa manfaat kepada lebih banyak negara dan rakyat. Siapa yang “mengetepikan China” dengan alasan “menghapuskan risiko” adalah membawa situasi tidak selamat kepada dunia dan mereka sendiri.

Menyingkap kembali sejarah, jalan yang betul membawa kemakmuran dan jalan yang salah membawa kemudaratan. Bagaimana keluar dari kesulitan keselamatan? Jawapan sebenarnya amat jelas, iaitu mewujudkan keterbukaan tetapi bukan tutup pintu, mewujudkan perpaduan tetapi bukan isolasi, mewujudkan dialog dan kerjasama tetapi bukan bertelingkah. Elit Barat masih bimbang akan “sama kalah”, lebih eloklah dengar anjuran China.