Zon Budaya Terusan Besar Terbentuk di Wuxi

2024-02-20 11:58:17  cri
Share with:

Terbentuknya dan pembangunan bandar Wuxi di provinsi Jiangsu tidak terlepas dari pelaksanaan projek Terusan Besar Beijing-Hangzhou pada zaman purba.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, zon kebudayaan, zon ekologi hijau dan zon pelancongan yang sudah siap dibina kelihatan menyerlah di kedua-dua tebing Terusan, hasil pelaksanaan pelbagai projek yang membabitkan tata kelola sungai, peningkatan kualiti air dan perlindungan serta pemuliharaan warisan kebudayaan.