Aura Perayaan TBC Bersemarak di Kota Purba

2024-02-20 15:16:05  CRI
Share with:

Pingyao yang terletak di provinsi Shanxi China merupakan sebuah kota purba berusia lebih 2,800 tahun. Kota itu disenaraikan sebagai warisan budaya dunia pada 1997.

Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) disambut penuh meriah di kota purba itu dengan berlangsungnya pelbagai jenis acara antaranya pertunjukan adat resam, bazar warisan budaya bukan benda dan lain-lain.

Selain itu, pengalaman membidik gambar dengan memakai busana tradisional tempatan juga menjadi daya tarikan istimewa buat pengunjung.