Xi Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pusat Pemerkasaan Pembaharuan Komprehensif

2024-02-20 13:25:14  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat keempat Suruhanjaya Pusat Pemerkasaan Pembaharuan Komprehensif Jawatankuasa Pusat Ke-20 Parti Komunis China, pada petang Isnin. 

Xi menekankan mustahaknya untuk membina dan menyempurnakan sistem pentadbiran tahah yang lebih sesuai dengan dasar makro dan pembangunan wilayah, di samping meningkatkan ketepatan dan keefesienan elemen tanah serta daya jaminannya untuk pembangunan berkualiti tinggi di wilayah yang berkelebihan.

"Usaha memacu transformasi pembangunan sosioekonomi hijau adalah asas bagi menyelesaikan masalah sumber, alam sekitar dan ekologi.

"Oleh itu, konsep pembangunan hijau harus diamalkan di semua aspek dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat negara ini," ujar beliau.

Xi juga mengingatkan lapisan bawah agar meningkatkan kemampuan untuk menangani insiden kecemasan, mencegah dan menghapuskan risiko keselamatan, dan mengendalikan bencana dan kemalangan secara tepat dan berkesan.