12 Juta Orang Dijangka Guna Kereta Api pada 21 Feb

2024-02-21 14:47:02  CRI
Share with:

Menurut maklumat dari Kumpulan Kereta Api China, seramai 13.38 juta orang menggunakan perkhidmatan kereta api di seluruh negara ini pada 20 Feb lalu, dan angka itu diunjurkan mencatat 12.1 juta pada hari ini. Pengoperasian kereta api adalah selamat dan mantap.

Sementara itu, sebanyak 1,182 kereta api ditambah bagi memenuhi permintaan perjalanan penumpang semasa musim pengangkutan Tahun Baharu Cina.