China Bina Kapal Kontena Tenaga Ammonia Pertama di Dunia

2024-02-21 14:45:55  CRI
Share with:

Kapal kontena tanpa penutup kabin 1,400 TEU yang diselidik dan dibangunkan oleh China sendiri memperoleh tempahan daripada pelanggan dari Belgium, iaitu CMB.TECH pada mutakhir ini. 

Kapal itu merupakan kapal kontena pertama yang menggunakan tenaga ammonia. 

Penempahan kapal itu menyaksikan industri perkapalan sejagat mencapai kemajuan penting dalam sektor tenaga bersih, dan amat signifikan bagi menerajui pembangunan hijau yang mampan dalam industri perkapalan.

Sementara itu, ia juga amat bererti bagi masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama menghadapi cabaran yang timbul daripada perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.