Kunjungi Muzium Rai Perayaan TBC

2024-02-21 14:37:18  CRI
Share with:

Muzium Shanxi di tengah China dilihat meriah susulan aktiviti 'Rai Tahun Baharu Cina (TBC) di Muzium' diperkenalkan sehingga menarik kedatangan ramai pengunjung.

Pameran Tinggalan Zodiak Tahun Naga menghimpunkan ratusan imej artifak dan karya seni bermotifkan naga untuk tontonan khalayak.

Produk budaya kreatif yang berunsurkan naga seperti alat tulis, aiskrim, patung dan barang keperluan harian amat digemari para pengunjung.

Kini, aktiviti mengunjungi muzium bersama seisi keluarga menjadi satu kebiasaan baharu dalam kalangan masyarakat China sempena perayaan TBC.