Pesawat United Airlines Buat Pendaratan Cemas Akibat Sayap Rosak

2024-02-21 14:16:45  CRI
Share with:

Sebuah pesawat penumpang Boeing 757 kendalian syarikat penerbangan United Airlines Amerika Syarikat (AS) dari San Francisco ke Boston terpaksa membuat pendataran cemas di Denver kerana kerosakan sayap pada Selasa. 

Menurut syarikat penerbangan itu, terdapat 165 penumpang dalam pesawat terbabit. Ia terpaksa mebuat pendaratan cemas kerana peralatan bagi pendaratan dan perlepasan didapati bermasalah. 

Tiada penumpang cedera dalam insiden tersebut. Namun, punca kerosakan itu masih belum didedahkan. 

Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menyatakan bahawa pihaknya telah melibatkan diri dalam penyiasatan insiden tersebut.