Produk Kebudayaan dan Kreatif CMG Dapat Pujian di Pameran Media Masa Depan Saudi 2024

2024-02-21 12:55:04  CRI
Share with:

Pameran Media Masa Depan Saudi 2024 yakni Forum Media Saudi Ke-3 berlangsung di Riyadh, ibu kota Arab Saudi pada 19 hingga 21 Feb. 

Pada hari perasmian pameran itu, pameran produk kebudayaan dan kreatif dari Kumpulan Media China (CMG) mencuri perhatian dan mendapat pujian meluas.

Para pengunjung menyatakan bahawa melalui produk kebudayaan dan kreatif yang cantik dan halus itu, mereka dapat merasakan misi dan gaya CMG sebagai salah sebuah media terbaik di peringkat global. Melalui pameran produk itu, mereka juga lebih berminat dan ingin mengenali budaya China yang berwarna-warni. 

Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2024, produk kebudayaan dan kreatif CMG telah membuat penampilan di tiga negara Asia Barat, iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, dan Arab Saudi.