Salah Guna Kuasa Veto, AS Penghalang Terbesar Gencatan Senjata di Gaza

2024-02-22 12:54:37  CRI
Share with:

"Sebagai warga Amerika Syarikat (AS), saya berasa malu kerana negara saya berada di pihak yang salah dalam sejarah". "Saya berasa malu dengan imej negara saya sekarang ini".

Demikianlah komen netizen dari AS yang menzahirkan rasa tidak puas terhadap kerajaan mereka yang membuang undi memveto terhadap draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Gaza pada 20 Feb.

Draf tersebut dikemukakan oleh Algeria bagi negara-negara Arab. Isi kandungan teras draf itu adalah mewujudkan gencatan senjata di Gaza dengan serta merta, membebaskan semua tahanan, memastikan akses bekalan kemanusiaan, dan menentang pemindahan paksa. 

Mengapa hanya AS mengundi memveto? Alasan yang diberikannya adalah "ia tidak kondusif bagi rundingan mengenai isu tebusan antara Palestin dan Israel yang dijalankan sekarang ini." Walau bagaimanapun, penganalisis berpendapat bahawa penjelasan itu tidak munasabah.

Sejak tercetusnya konflik kekerasan antara Palestin dan Israel pada Oktober 2023, Majlis Keselamatan PBB telah mengadakan lapan kali undian mengenai isu Palestin-Israel, dan hanya dua resolusi diterima pakai. Dalam proses ini, AS tidak menghiraukan nyawa orang awan yang tidak berdosa di Gaza dan berulang kali menggunakan kuasa vetonya, hingga menjadi penghalang terbesar kepada Majlis Keselamatan mengambil tindakan.

Seperti diketahui umum, punca konflik Palestin-Israel pusingan ini adalah hak Palestin untuk membina negara merdeka tidak pernah dipandang serius oleh AS dan Israel.

Baru-baru ini, Setiausaha Luar Britain David Cameron menyatakan "Kami menyeru agar pertempuran segera dihentikan." Ini dianggap sebagai "kenyataan paling keras" daripada Setiausaha Luar Britain. Mewujudkan gencatan senjata dan menamatkan peperangan telah menjadi konsensus global.

Pada masa ini, krisis di Laut Merah semakin memuncak, konflik sempadan Lubnan-Israel berterusan, dan risiko limpahan situasi Palestin-Israel semakin meruncing. AS di samping memveto draf resolusi mengenai gencatan senjata antara Palestin dan Israel dalam Majlis Keselamatan, terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel, hingga memburukkan peluasan konflik. 

Jika AS terus memberi lampu hijau kepada kegiatan pembunuhan, peperangan di Gaza berkemungkinan akan bertukar menjadi malapetaka yang meluap ke seluruh wilayah itu. 

Tindakan lanjut oleh Majlis Keselamatan adalah perlu, dan undi memveto AS tidak wajar menjadi penghalang untuk menamatkan peperangan di Gaza.