Latihan "Golden Cobra 2024" Dirasmikan

2024-02-22 13:12:19  CRI
Share with:

Majlis pelancaran latihan ketenteraan bersama "Golden Cobra 2024" diadakan di Provinsi Chonburi, Thailand pada 20 Feb.

Latihan tahun ini terbahagi kepada dua segmen, iaitu latihan tentera bersama dan kegiatan awam kemanusiaan. 

Sejumlah 86 anggota dari sembilan negara termasuk China, Amerika Syarikat (AS), dan Thailand mengambil bahagian dalam latihan bersama ini. 

Untuk rekod, tahun ini menandakan kali ke-11 secara berturut-turut China dijemput untuk menyertai latihan tersebut. 

Pasukan China akan mengadakan pertukaran pengalaman tentang penyelamatan gempa bumi, prosedur operasi, dan cara koordinasi antara tentera dengan pihak awam, untuk mendorong kerjasama praktikal dalam bidang berkaitan.