Kongsi Bahan Bacaan, Pupuk Persefahaman Budaya

2024-02-22 15:32:05  CRI
Share with:

Kumpulan Penerbitan Beijing (BPG) China dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia bersama-sama melancarkan aktiviti mengesyorkan 50 judul buku kepada remaja China-Malaysia secara hibrid, hari ini.

Aktiviti itu diadakan sempena kira detik 100 hari menjelang sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Pengerusi BPG Zhang Aijun menerusi ucapannya pada majlis pelancaran berkata buku terpilih mencakupi pelbagai kategori seperti budaya, kanak-kanak, pendidikan sains dan sebagainya.

Beliau berharap agar bahan bacaan berkenaan dapat menjadi 'duta baharu' bagi merancakkan pertukaran budaya antara China dengan Malaysia, sekali gus menyediakan wadah buat remaja Malaysia untuk lebih memahami budaya China.

Dalam pada itu, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San berkata pilihan 50 judul buku bacaan simbolik sempena jubli emas hubungan diplomatik Malaysia-China.

Menurut beliau, ia sekali gus membolehkan golongan remaja Malaysia khususnya pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina dapat membaca karya-karya unggul China.