China dan India Sedia 'Putar Halaman' Bagi Situasi di Kawasan Sempadan

2024-02-22 15:22:33  CRI
Share with:

Rundingan peringkat komander tentera China dan India pusingan ke-21 diadakan di titik mesyuarat sempadan Moldo-Chushul sebelah wilayah China, pada Isnin. 

Kedua-dua pihak mengadakan komunikasi yang positif, mendalam dan konstruktif tentang masalah sempadan yang diberikan perhatian bersama. 

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan komunikasi melalui cara ketenteraan dan diplomatik dengan berpandukan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, mencapai pelan penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dengan secepat mungkin, dan 'putar halaman' bagi situasi di kawasan sempadan. 

Sebelum pencapaian pelan berkenaan, kedua-dua pihak bersetuju untuk memelihara kedamaian dan keamanan di kawasan sempadan.