China Komited Jadi Tenaga Penstabil: Wang Yi

2024-02-22 15:07:45  CRI
Share with:

Laporan Persidangan Keselamatan Munich (MSC) tahun ini yang berjudul 'sama kalah' mencerminkan perasaan pesimistik Eropah terhadap situasi antarabangsa, sekali gus memperlihatkan cabaran serius yang dihadapi dunia.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam temu bual bersama media China selepas menghadiri MSC dan mengadakan lawatan ke Sepanyol dan Perancis pada Rabu.

Menurut beliau, risiko 'sama kalah' bertambah akibat defisit tadbir urus global, makin menonjolnya isu geopolitik, kebangkitan mainan campur tolak serta impak amalan 'cantas hubungan'. 

Masyarakat antarabangsa memberi perhatian terhadap saranan China dan berharap mendengar suara negara ini.

Wang berkata, dalam sesi 'China in the World' sempena MSC kali ini, China mengeluarkan mesej jelas untuk menjadi tenaga penstabil kepada dunia yang bergelora.

China mengesyorkan supaya kerjasama antara negara besar dipergiat berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling mempercayai, isu hangat ditangani menerusi dialog, tadbir urus global diperkasa melalui solidariti dan kolaborasi, sementara pertumbuhan global dipacu dengan keterbukaan dan faedah bersama.

Wang berkata beliau juga mengadakan kontak dengan pelbagai pihak dalam tempoh MSC termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Jerman, Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Argentina dan Ukraine.

Dalam pada itu, China menegaskan perlunya menegakkan keterbukaan dan keterangkuman, di samping menolak amalan menutup pintu dan menyingkirkan pihak lain.

Antara usaha lain yang turut diberi penekanan termasuk mengekalkan permuafakatan dan kerjasama, serta mempertahankan multilateralisme dan mengejar situasi sama menang.