Pendidikan TVET Asas Produktiviti Baharu

2024-02-23 15:02:10  CRI
Share with:

Dasar Pandang ke Timur 1.0 tidak melibatkan China sedangkan China sama maju bahkan lebih maju daripada Jepun dan Korea Selatan. Kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di China selaras dengan Dasar Pandang ke Timur 2.0.

 

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN) baru-baru ini.

 

Satria amat kagum dengan pandangan jauh kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada TVET. Kekurangan tenaga kerja profesional adalah masalah yang sedang dihadapi oleh China. Lulusan pengajian tinggi di China pada tahun 2023 telah mencatat lebih 11 juta orang, manakala lulusan kolej vokasional peringkat tinggi hanya 819 ribu orang.

 

Inovasi dalam bidang 5G, AI, IoT, tenaga hijau dan lain-lain telah menjadi daya produktif baharu yang menyediakan peluang sama rata bagi negara-negara membangun. China dan Malaysia pula boleh mengeluarkan EV yang hampir setaraf dengan Tesla, manakala HSR dari Jakarta ke Bandung lebih laju berbanding HSR di Amerika Syarikat atau Eropah.

 

Bagaimanapun, selain pakar yang mengkaji teknologi baharu, kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja profesional yang menguasai teknologi baharu tersebut supaya berkeupayaan mengeluarkan produk yang dapat menaiktarafkan kehidupan semua orang, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara yang lestari.

 

Kalau majoriti graduan hanya mahu duduk di dalam pejabat, tidak mahu bekerja di kilang, prospek ekonomi negara akan menghadapi masalah besar. Cuba lihat kerajaan AS kini yang menyediakan banyak subsidi supaya industri pembuatan dilaksanakan semula di negara itu.

 

TVET telah menjadi asas untuk mengembangkan daya produktif mutu baharu berdasarkan inovasi teknologi. Kerajaan China pula mengubah suai dasar dan semakin mementingkan pendidikan TVET. Selain itu, berikutan pelbagai projek mega syarikat China di seberang laut, Bengkel Lu Ban dan Mozi, Kolej Jalan Sutera, Kolej Cheng Ho dan pelbagai kolej vokasional turut dibuka untuk menyediakan pendidikan TVET kepada tenaga kerja tempatan.

 

56 institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Malaysia bersedia menghantar 500 bakat kemahiran generasi muda ke China bulan depan untuk menjalani latihan peningkatan kemahiran selaras dengan keperluan tenaga kerja semasa. 17 Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) di China pula bersetuju dan bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia-China Institute (MCI) dan menawarkan 2,000 kuota latihan kepada pelajar TVET Malaysia sepanjang tahun 2024 bagi meningkatkan kemahiran mereka.

 

Kuota latihan yang diberikan itu melibatkan pelbagai bidang, khususnya berkaitan Kenderaan Elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT), solar, teknologi maklumat dan pemesinan.