Industri Bunga Ros, Penggerak Ekonomi Kaunti Lyu

2024-02-23 10:49:37  CRI
Share with:

Baru baru ini, sebanyak 27 jenis tanaman bunga ros yang dihasilkan Taman Industri Pertanian Moden Qufang yang terletak di kaunti Lyu bandar Rizhao di provinsi Shandong mula dibekalkan secara besar-besaran ke pasaran di pelbagai bandar raya seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou, dengan jualan hariannya mencatat kira-kira 100 ribu batang.

Industri tanaman ros sebagai salah satu penggerak utama bagi pelaksanaan skim pembangunan desa di Kaunti Lyu sudah menjadi enjin kuat dalam menjana pendapatan petani tempatan.

Pangkalan hortikultur yang beroperasi di kaunti tersebut mampu menghasilkan 400 juta batang bunga ros pada setiap tahun, dan boleh membawa pulangan sebanyak RMB350 juta (RM662 juta) melalui segmen penanaman, pengeluaran, pengedaran dan pengangkutan.