Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Sultan Brunei Sempena Hari Kebangsaan Brunei Ke-40

2024-02-23 21:52:24  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-40, hari ini.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, China dan Brunei mempunyai persahabatan tradisional yang bersejarah, sementara kerjasama kedua-dua negara membuahkan hasil penting. China dan Brunei telah menjadi teladan bagi negara besar dan negara kecil yang wujud bersama secara sama rata dan saling menguntungkan.

“Saya dan Sultan Hassanal Bolkiah telah mencapai konsensus penting bagi memajukan hubungan dua hala semasa pertemuan di San Fransisco pada November lepas, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada kerjasama strategik kedua-dua negara.

“Saya bersedia mengekalkan komunikasi strategik dengan Sultan Hassanal Bolkiah, meningkatkan bimbingan terhadap hubungan dua hala, mendorong kerjasama pembinaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) yang bermutu tinggi, supaya memberikan lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara, dan menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau,” kata Xi.