Menteri Luar G20 Setuju Selesaikan Konflik Palestin-Israel dalam Dua Fasa

2024-02-23 14:29:41  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan 20 (G20) berakhir di Brazil pada Khamis. Menurut pengumuman mesyuarat itu, para peserta telah mencapai konsensus untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel dalam dua fasa. 

Menteri Luar Brazil Mauro Vieira mewakili anggota G20 menzahirkan perhatian besar terhadap isu-isu hangat di peringkat global termasuk konflik Palestin-Israel.

Beliau berkata, anggota G20 menyokong untuk "segera membuka saluran akses bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi mewujudkan gencatan senjata", dan menjadikan pengiktirafan negara Palestin sebagai penyelesaian muktamad bagi konflik Palestin-Israel.