Wang Yi Ucapkan Tahniah kepada Erywan

2024-02-23 21:55:21  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Luar Kedua Brunei Erywan Mohd Yusof sempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-40, hari ini.

Wang menyatakan bahawa China dan Brunei merupakan negara jiran yang bersahabat dan rakan kongsi yang penting. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan kedua-dua negara berkembang mantap, kerjasama pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diperkasakan, dan persahabatan dalam kalangan rakyat semakin rapat.

“Saya bersedia bersama-sama Menteri Erywan untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, meluaskan kerjasama pragmatik kedua-dua negara dalam pelbagai sektor, meningkatkan penyelarasan dan koordinasi dalam isu-isu antarabangsa dan serantau, supaya menggalakkan hubungan perkongsian strategik China-Brunei ke tahap lebih tinggi,” kata Wang.