Eropah Dialu-alukan Berkongsi Peluang daripada Pembangunan China

2024-02-23 10:53:17  CRI
Share with:

Sudah genap 20 tahun jalinan hubungan perkongsian strategik komprehensif antara China dengan Eropah. Tatkala dunia memasuki tempoh pergolakan dan perubahan baharu semasa ini, erti strategik dan pengaruh hubungan China-Eropah semakin besar. 

Eropah antara keutamaan hubungan luar China serta dan juga rakan penting bagi mewujudkan modenisasi ala China. 

China mengalu-alukan Eropah berkongsi peluang daripada pasaran gergasi di China, dan secara aktif menyertai proses keterbukaan bertaraf tinggi dan sistematik di negara ini. 

Di samping itu, negara-negara Eropah diyakini akan memperoleh lebih banyak peluang kerjasama daripada pembangunan bermutu tinggi di China.

Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata demikian ketika diminta mengulas hasil lawatan Menteri Luar Wang Yi ke Eropah mutakhir ini, dalam sidang media pada Khamis.