Simbiosis Harmoni Antara Manusia Dengan Alam Sekitar Terwujud di Xiamen

2024-02-23 21:43:05  cri
Share with:

Bandar Xiamen yang terletak di sebuah kawasan teluk terdiri daripada kawasan darat seluas 1,699 kilometer persegi dan wilayah perairan seluas 333 kilometer persegi. 

Kempen perlindungan dan pemuliharaan ekologi yang dimulakan dari sungai dan tasik, iaitu dari Tasik Yundang sehingga menjangkau laut bahkan seluruh kawasan pentadbiran bandar Xiamen, sudah berlangsung selama 36 tahun sejak tahun 1988, dan terbukti kondusif bagi memacu pembangunan tempatan ke arah berkualiti tinggi. 

Pada masa yang sama, Xiamen pernah berturut-turut meraih 28 anugerah dalam bidang ekologi, seperti "Anugerah Habitat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu", "Bandar Taman Antarabangsa", "Model Bandar Perlindungan Alam Sekitar Kebangsaan" dan "Bandar Hutan Kebangsaan", berkat sumbangan dan pencapaiannya dalam mewujudkan simbiosis harmoni antara manusia dengan alam sekitar khususnya dengan laut.


Pada masa sekarang, Xiamen berperanan sebagai satu tingkap bagi dunia luar mengenali pembinaan China yang indah pada era baharu.