Koc Percuma untuk Pekerja Migran Balik Kerja

2024-02-23 22:02:26  cri
Share with:

Kelompok pekerja migran di bandar Zhaotong provinsi Yunnan  berpeluang menikmati perkhidmatan koc yang disediakan secara percuma untuk perjalanan balik kerja ke provinsi-provinsi lain baru-baru ini.

Terdapat lebih 2,000 pekerja migran yang memilih menaiki koc seumpama itu menuju ke provinsi Fujian, Guangdong, Jiangsu dan tempat-tempat lain untuk kembali bekerja setelah cuti Tahun Baharu Cina 2024 berakhir.

Jumlah keseluruhan pekerja migran dari bandar Zhaotong yang mencari rezeki di luar mencecah 52,000 orang sejak permulaan tahun 2024.