Misi Penerokaan Bulan Bermanusia China Berjalan Lancar

2024-02-24 15:06:23  CRI
Share with:

China menyasarkan untuk menghantar angkasawan untuk menjalankan misi penyelidikan saintifik di Bulan menjelang 2030. Setakat ini, kapal angkasa Mengzhou, alat pendaratan Lanyue dan roket pembawa Long March-10 telah memasuki fasa penyelidikan sample asal dan semua kerja terbabit berjalan lancar. 

Menurut rancangan misi penerokaan Bulan bermanusia yang diumumkan oleh Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), misi berkenaan akan dijalankan dengan menggunakan dua roket pembawa Long March-10 untuk menghantar alat pendaratan Lanyue dan kapal angkasa Mengzhou ke orbit transit antara Bumi dengan Bulan.