Timor Leste akan Jadi Anggota Rasmi WTO

2024-02-25 14:53:20  CRI
Share with:

Presiden Timor Leste José Ramos-Horta memulakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Laos, pada 24 Feb.

Sementara itu, delegasi yang diketuainya akan menandatangani perjanjian, secara rasmi menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sempena mesyuarat peringkat menteri organisasi perdagangan global itu di Abu Dhabi pada 26 Feb ini.

José Ramos-Horta menegaskan komitmen Timor Leste untuk menggunakan keahliannya dalam WTO demi meningkatkan infrastruktur, modal insan, dan kemampuan pentadbiran, supaya memacu pertumbuhan dan kepelbagaian ekonomi negara itu.