Insiden Tembakan di Pennsylvania, Seorang Maut

2024-02-25 14:53:10  CRI
Share with:

Insiden tembakan berlaku di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.30 malam 23 Feb waktu tempatan, mengakibatkan seorang lelaki maut dan seorang polis cedera. 

Menurut laporan Associated Press (AP), seorang lelaki yang membawa beberapa senjata api cuba menyerbu masuk ke kediaman penghuni, dan melepaskan tembakan ke arah polis apabila polis tiba di tempat kejadian. Lelaki itu kemudian mati ditembak polis.

Pada masa ini, polis sedang menjalankan penyiasatan lanjut terhadap insiden tersebut.