Perjanjian Perdagangan Bebas dengan China Buka Pintu Baharu untuk Pembangunan Serbia

2024-02-26 15:06:19  CRI
Share with:

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic menyatakan bahawa beliau amat berharap dan penuh yakin perjanjian perdagangan bebas yang termeterai antara Serbia dengan China pada bulan Oktober tahun lalu akan membawa peluang baharu yang tidak terkira kepada Serbia.

Demikian dikatakan beliau ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Belgrade pada awal bulan Januari lalu.

Beliau yakin Perjanjian itu bukan sahaja membawa keuntungan kepada China, malahan juga membawa makna yang besar kepada Serbia.

“Ia akan membuka pasaran yang besar untuk produk pertanian kami, seperti wain Serbia yang berkualiti tinggi. Wain buatan negara kami mempunyai kualiti yang semakin baik. Pada masa yang sama, kami juga boleh mengimport produk China pada harga yang lebih rendah ”.

“Lebih banyak syarikat China dan penduduk umum dijangka akan datang ke negara kami untuk menjalankan kerjasama antara syarikat dan pertukaran keanggotaan, serta membuka pintu baharu untuk pembangunan Serbia. ”

“Impian saya sejak sekian lama, iaitu menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan China, telah menjadi kenyataan sekarang ini. Kita perlu melaksanakannya dalam beberapa tahun akan datang dan lihatlah apa hasil yang boleh dibawanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi Jinping sekali lagi kerana beliau bersetuju menandatangani perjanjian itu supaya kedua-dua pihak dapat melakukan gerak kerja selanjutnya dalam kerjasama bilateral. Semoga kita dapat mencapai prestasi yang semakin banyak pada masa hadapan. ” kata beliau.

Mengulas lanjut mengenai modenisasi ala Cina, serta Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Tamadun Global yang dikeluarkan Presiden Xi Jinping, Presiden Vucic menyatakan bahawa beliau pernah berbincang dengan Perdana Menteri Hungari, Viktor Orban mengenai soalan ini ketika kedua-dua mereka berada di China pada suatu masa yang lalu. Orban berkata, beliau pernah mendengar "teori kehancuran China" yang diuar-uarkan oleh segelintir ahli Kesatuan Eropah dalam tempoh 15 tahun yang lalu, tetapi tidak pernah menyaksikan apa-apa pun yang berkaitan dengannya berlaku sehingga masa ini dan sebenarnya juga tidak akan berlaku pada masa hadapan.

“Inilah sebabnya saya mengekalkan kerjasama dengan China, kerana saya percaya China jelas akan apa rancangan yang patut dilakukan. ”

“Rakyat China yang menjadi semakin tabah mempunyai ambisi yang pernah dimiliki orang Eropah tetapi sudah menghilang pada masa sekarang. Saya cuba mengambil tenaga, menyemarakkan semangat dan mencetuskan inspirasi daripadanya, dan saya berharap agar membawa perubahan baharu kepada negara saya, ” Kata Vucic.