Pertunjukan Lampu Ikan Sempena Sambutan Cap Goh Mei
2024-02-26 10:27:16 CRI
Pertunjukan lampu ikan Wangmantian diadakan di kampung Wangmantian, kaunti Xixian, bandar Huangshan, provinsi Anhui bermula pada malam 22 Feb untuk menyambut pesta Cap Goh Mei yang jatuh pada 24 Feb.
Lampu ikan melambangkan harapan baik penduduk terhadap keamanan, kesentosaan dan kebahagiaan. Lampu ikan Wangmantian yang bersejarah lebih 600 tahun disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara provinsi Anhui.