WTO Anjur Sesi Meja Bulat 'Program China' ke-12

2024-02-26 13:02:08  CRI
Share with:

China sentiasa menyokong pengintegrasian negara-negara membangun termasuk negara Arab ke dalam sistem perdagangan multilateral, di samping membawa manfaat kepada seluruh dunia melalui pembangunan sendiri.

Demikian dinyatakan Menteri Perdagangan Wang Wentao dalam sesi meja bulat peringkat tinggi 'Program China' ke-12 anjuran Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad.

Beliau berkata China akan terus menjalankan kerjasama Selatan-Selatan di bawah rangka sistem perdagangan multilateral, memantapkan lagi 'Program China' dan meningkatkan keterbukaan, keterangkuman, kesalinguntungan serta keseimbangan sistem berkenaan.

China juga komited melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) menerusi tindakan praktikal dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib untuk pembangunan sejagat.

Sesi meja bulat itu menyaksikan memorandum persefahaman mengenai 'Program China' fasa baharu dimeterai oleh Wang dan Ketua Pengarah WTO Ngozi Okonjo-Iweala.