Gala Cap Goh Mei Dapat Sambutan Hangat

2024-02-26 11:36:10  CRI
Share with:

Gala Cap Goh Mei 2024 anjuran Kumpulan Media China (CMG) yang bersiaran pada malam Sabtu mendapat sambutan yang menggalakkan di dalam dan luar negara.

Setakat jam 8.00 pagi Ahad, siaran langsung gala berkenaan menerusi pelbagai bentuk media berjaya merekodkan sebanyak 353 juta capaian kumulatif.

Antaranya tontonan menerusi saluran TV dicatat 169 juta, manakala platform media baharu sebanyak 184 juta, masing-masing lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Suasana gala Cap Goh Mei dimeriahkan lagi apabila ia menjadi bualan ramai di media sosial dengan bacaan berkenaan mencecah 2.99 bilion.

Laporan CMG mengenai gala itu turut disiarkan di 18 stesen TV serta platform media baharu dari 13 buah negara dan wilayah seperti Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Selain itu, sebanyak 1,210 laporan berita menerusi 68 jenis bahasa asing yang dihasilkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) berjaya meraih bacaan sebanyak 170 juta di peringkat global.