Tinjauan Pendapat Umum Anjuran CGTN Mengenai Ekonomi China III-- "China Tetap Enjin Terkuat bagi Ekonomi Dunia untuk Fasa Selanjutnya"

2024-02-27 10:40:56  CRI
Share with:

Sebanyak 90.6 peratus responden di dunia menganggap China suatu negara yang penting, dan usaha memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dengan China sejajar dengan kepentingan negara mereka. Ini sudah menjadi perfahaman umum di masyarakat antarabangsa.

Keputusan demikian ditunjukkan dalam satu tinjauan pendapat umum anjuran bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China menerusi Institut Komunikasi Antarabangsa Era Baharu China. 

Dimaklumkan lagi, sebanyak 84.5 peratus responden menganggap China sebagai pemain ekonomi yang paling berpengaruh di persada dunia, manakala terdapat 81.9 peratus menyifatkan China suatu negara penuh dengan peluang dan pembangunannya boleh menyediakan peluang kepada dunia secara berturut-turut. 

Sementara itu, 75.6 peratus berharap agar negaranya mengekalkan hubungan baik dengan China, dan berpendapat bahawa penglibatan China dalam urusan global berfaedah bagi memelihara tata tertib antarabangsa yang adil dan rasional. Responden dari lapan negara utama termasuk China dan Amerika Syarikat (AS), berpendapat bahawa China menduduki tangga pertama, jauh lebih tinggi 25 peratus dari negara yang menduduki tangga kedua, dalam ranking"negara mana yang paling dimanfaatkan melalui perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan bilateral". Selain itu, paling banyak responden memandang China sebagai kawan yang paling handal dan rakan kerjasama yang boleh dipercayai.

Untuk rekod, tinjauan pendapat umum terbabit melibatkan 15,037 responden dari sebahagian negara maju seperti AS, Perancis, Jepun dan Korea Selatan, serta sebahagian negara membangun seperti Peru, Mexico, Thailand dan Nigeria.