Kapal Angkasa Generasi Baharu China yang Bermanusia Dinamakan "Mengzhou"

2024-02-27 16:14:10  CRI
Share with:

Kapal angkasa lepas generasi baharu China yang bermanusia dinamakan "Mengzhou", sedangkan prob pendarat Bulan dinamakan "Lanyue", hasil penilaian dan pemilihan juri berdasarkan pungutan suara melibatkan hampir 2,000 tokoh dari pelbagai institusi dan lapisan masyrakat.

Pungutan suara anjuran Pejabat Projek Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China tentang pemberian nama rasmi kepada kedua-dua produk canggih itu bermula sejak Ogos 2023. 

Kini, pembuatan kapal angkasa lepas pembawa angkasawan generasi baharu yang bernama  "Mengzhou" itu sudah dimulakan untuk fasa awal, menandakan tugasan peninjauan Bulan sedang dilaksanakan secara rapi dan teratur di China. Menurut laporan berkenaan, "Mengzhou" yang terdiri daripada karbin pulang dan karbin perkhidmatan mampu memenuhi keperluan untuk menjalankan tugasan operasi stesen angkasa lepas dekat Bumi dan peninjuan terhadap Bulan.