PM Malaysia Kritik 'China-phobia'

2024-02-27 15:19:43  CRI
Share with:

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkritik desas-desus 'China-phobia' yang wujud di Barat mencerminkan aspirasi negara-negara membangun untuk menegakkan pendirian bebas dan berkecuali dan mengejar pembangunan. 

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning sebagai respons terhadap laporan berhubung Perdana Menteri Malaysia dalam temu bual dengan Financial Times Britain baru-baru ini mengkritik desas-desus 'China-phobia' yang wujud di negara-negara Barat dan menekankan bahawa Malaysia menegakkan pendirian bebas dan berkecuali serta enggan "mencetuskan provokasi" terhadap China bagi kepentingan Amerika Syarikat.

Menurut Mao, pembangunan China memberi peluang kepada dunia dan tidak menjadi ancaman kepada sesiapa pun.   

“China berpegang kepada dasar luar yang damai dan bebas, menentang konfrontasi blok, dan tidak mengamalkan sikap berat sepihak.

“Kami (China) komited mengembangkan persahabatan dan kerjasama dengan semua negara berdasarkan lima prinsip wujud bersama secara damai, menyesyorkan multipolar dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan universal, bagi mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Mao.