Persidangan Peringkat Menteri ke-13 WTO Buka Tirai

2024-02-27 14:51:38  CRI
Share with:

Persidangan peringkat menteri ke-13 (MC13) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) membuka tirai di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin.

Dijadual berlangsung hinggga Khamis, persidangan itu disertai menteri-menteri dari pelbagai negara serta wakil pertubuhan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

Menteri Perdagangan China Wang Wentao ketika berucap pada sesi pleno berkata, WTO merupakan tonggak penting multilateralisme dan wadah signifikan bagi tadbir urus global.

Kerajaan China teguh memelihara sistem perdagangan multilateral dan memberi keutamaan kepada kerja WTO.

China komited berusaha bersama pelbagai pihak untuk menjayakan MC13 dan membina ekonomi dunia yang terbuka.

Upacara perasmian persidangan kali ini turut menyaksikan keanggotaan Comoros dan Timor-Leste dalam WTO, sekali gus menjadikan jumlah anggota WTO meningkat kepada 166.