C919, ARJ21 Bakal Buat Demonstrasi Penerbangan di Asia Tenggara
Pesawat penumpang buatan China iaitu C919 dan ARJ21 yang baru menyempurnakan acara terbang sempena Pertunjukan Udara Singapura bakal membuat demonstrasi penerbangan di Asia Tenggara.
Menurut Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC), dalam tempoh dua minggu mendatang, acara demonstrasi penerbangan membabitkan pesawat C919 dan ARJ21 akan dilakukan di lima negara iaitu Vietnam, Laos, Kemboja, Malaysia dan Indonesia.
Ia bertujuan untuk menguji kebolehsuaian pesawat komersial domestik terhadap lapangan terbang dan laluan serta perkhidmatan peralatan sokongan darat (GSE) di lima negara Asia Tenggara.
COMAC berkata demonstrasi penerbangan akan menunjukkan prestasi baik pesawat berkenaan, sekali gus meletakkan asas untuk menembusi pasaran Asia Tenggara.