Hak Hidup, Pembangunan Jadi Keutamaan: Wang Yi

2024-02-27 15:41:41  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi menghadiri segmen peringkat tinggi sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi pautan video pada Isnin, dengan penekanan terhadap perlunya usaha melindungi hak-hak rakyat untuk hidup dan kemajuan diri diprioritikan.

Wang berkata situasi dunia semakin tidak menentu, menyaksikan krisis dan konflik terus memuncak dan defisit dalam tadbir urus hak asasi global bertambah buruk.

Beliau menyeru semua pihak untuk mendahulukan rakyat dan menjaga kepentingan rakyat, yang merupakan asas dan matlamat perjuangan hak asasi manusia.

"Amalan mencampuri urusan dalaman atau mengekang pembangunan negara lain dengan alasan hak asasi mesti ditolak.

"Hendaklah menghormati hak semua negara memilih laluan mereka sendiri ke arah pembangunan hak asasi, di samping meneruskan kerjasama yang saling menguntungkan dan membina konsensus melalui dialog," kata Wang.

Beliau turut menambah, badan hak asasi manusia di PBB harus menjalankan kerja secara adil dan objektif dan mengikut pendekatan yang tidak selektif dan tidak berpolitik.

Badan hak asasi pelbagai hala harus menjadi platform kepada pihak terbabit untuk menjalin kerjasama dan komunikasi, bukan medan pertempuran untuk politik kumpulan atau konfrontasi blok, ujarnya.